Corat-coret Mangga Star Search 2009

May 23, 2009 | Leave a Comment

  • Satu-satunya peserta Pulau Pinang, Shahrul Hafiz menukar bidang nyanyian kepada lakonan sehari sebelum pertandingan.
  • Stacy tiba agak lewat tetapi tetap mempamerkan persembahan yang memukau.
  • Sewaktu majlis berlangsung ada peserta yang sering ke bilik air kerana terlalu gugup.
  • Pasangan Rushdan dan Norshafiza terlupa mengambil sekuntum bunga ros yang di letakkan di hadapan pentas.
  • Beberapa peserta menjadikan kerusi sebagai prop persembahan.
  • Adegan menyebut “Scene kedua” dan “Tiga jam kemudian” menjadi bahan ketawa para hadirin.
  • Beberapa peserta wanita berebut untuk melihat persembahan daripada Nubhan.
  • Beberapa peserta sempat berlatih di belakang pentas bagi memastikan mereka memberikan yang terbaik.
  • Peserta lelaki hanya diberikan air sewaktu dibelakang pentas berbanding peserta wanita yang diberikan bersama makanan.
  • Ada juri yang memberikan markah 100% kepada peserta.
  • Secara kebetulan Idzham dan Rizu (OIAM3) memakai pakaian yang sama.
  • Beberapa peserta lelaki sempat bertinju untuk menghilangkan rasa gementar.
  • Tiada ruang untuk bergerak di belakang pentas semasa Bunkface dan the 6ixth Sense menanti untuk melakukan persembahan kerana ruang yang sempit dan padat
  • Shahrul Hafiz seringkali menghafal dialog di belakang pentas sehingga dialognya “Roti Canai” dan “Nasi Lemak” menjadi bahan ketawa di belakang pentas.
  • Ezam Ernadi risau dengan bentuk tubuh badannya yang kurus sebelum keluar dengan memakai singlet.
  • Mikrofon yang digunakan Adam tidak berfungsi dan memaksanya untuk berdiri di sebalik tirai sehingga tamat persembahannya bersama Bad Boys.
  • Shahrul Hafiz seringkali juga berbalas SMS semasa di belakang pentas. Dari siapa agaknya?
  • Ramai orang tidak tahu Idzham sebenarnya tersalah lirik di permulaan lagu jujur.
  • Selepas Ezam membuat persembahan dia memberi semangat kepada rakan-rakan dengan berkata “Lampu spotlight akan hilangkan gementar”. Beberapa peserta lelaki telah bersetuju dengan kata-kata Ezam selepas mereka membuat persembahan.
  • Ada peserta wanita yang menangis setelah membuat persembahan.

Related posts:

  1. Kemuncak Mangga Star Search 2009 ...
  2. Final Mangga Star Search 2009 meriah ...
  3. Apa kata mereka? - Pemenang Mangga Star Search 2009 ...

Enter Google AdSense Code Here

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!