Kemuncak Mangga Star Search 2009

April 14, 2009 by admin  
Filed under News

Finalis Mangga Star Search 2009

Finalis Mangga Star Search 2009

Empat lokasi ujibakat telah pun di singgah dan kini pertandingan pencarian bakat baru Mangga Star Search 2009 hampir sampai ke acara kemuncaknya. Pertandingan akhir Mangga Star Search bakal berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 18 April ini. Mereka yang layak ke peringkat akhir ialah Shahrul Hafiz, Muhammad Ezam Ernadi, Mohd. Hafiz, Mohammad Rushdan, Muhammad Syamsul Idzham dan M. Ashmir Nazohan manakala bagi peserta akhir wanita ialah Nor Ashimah, Ketty Natalia, Norshafiza, Norshapila, Nur Wan Syafinaz dan Sharifah Aishah.

Apa yang menarik pada pertandingan akhir ini adalah ia bakal dilangsungkan bersama sambutan ulangtahun majalah Mangga yang ke-14. Jadi tentunya ia merupakan sebuah acara yang gilang-gemilang kerana ia turut dihadiri barisan artis dan selebriti tanahair.

Antara artis yang sudah mengesahkan kehadiran mereka adalah seperti Stacy AF6, Nubhan AF6 dan juga Kamal Adly. Jika anda ingin bersama-sama merasai kemeriahan acara ini bolehlah menghubungi pihak Mangga bagi membuat tempahan di talian 03-89262929 atau 03-89268393 sambungan 430 (Aisamurni/Nuek) dan 431 (Fadil). Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM35 termasuk makan dan minum. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian.

Other pictures ...

Berakhirnya sesi ujibakat Mangga Star Search 2009

March 14, 2009 by admin  
Filed under News

Wajah-wajah peserta yang layak ke separuh akhir

Wajah-wajah peserta yang layak ke separuh akhir

Sesi ujibakat Mangga Star Search 2009 telah pun melabuhkan tirainya. Bertempat di Selayang Mall yang merupakan lokasi terakhir terakhir ujibakat menyaksikan seramai 12 peserta terpilih untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Pelbagai ragam dan aksi yang dapat dilihat. Ada di antara peserta yang hadir pernah menjalani ujibakat di Downtown, Cheras. Namun mereka sanggup datang untuk di ujibakat buat kali yang kedua. Satu semangat yang harus dipuji.

Pada sesi ujibakat kali ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis. Antaranya adalah Mimi (MyStarz LG), Alif Aziz dan juga Riz yang merupakan naib juara Akademi Fantasia musim keenam. Kami di Cherry Talent & Management mengucapkan tahniah kepada mereka yang layak ke peringkat seterusnya. Jumpa nanti pada 21 Mac ini di Saloma Bistro.

Other pictures ...

Peluang terakhir di Selayang Mall

February 25, 2009 by admin  
Filed under Audition/Casting

Kami ingin memaklumkan bahawa pihak Mangga telah menambah lokasi ujibakat dan ianya merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah pencarian bakat baru dalam Mangga Star Search 2009. Bagi yang berminat untuk beraksi dalam sesi ujibakat ini, jom daftarkan diri anda pada:

Tarikh: 1 Mac 2009
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Selayang Mall

Untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi kami di talian 018-2540505.

p/s: Jumpa anda disana!!!

Malam bukan penghalang

February 23, 2009 by admin  
Filed under News

Wajah kegembiraan para peserta

Wajah kegembiraan para peserta

Seperti yang sedia maklum program Mangga Star Search 2009 merupakan satu-satunya program pencarian bakat baru yang bukan hanya tertumpu pada bidang nyanyian malah skopnya diluaskan kepada bidang lakonan, pengacaraan dan juga peragaan. Jadi para peserta diberi kebebasan untuk menonjolkan apa sahaja bakat yang terpendam tanpa ada batasan.

Penukaran lokasi ujibakat di Kuala Lumpur pada saat-saat akhir bukanlah penghalang kepada peserta-peserta untuk hadir merasai sendiri pengalaman ujibakat Mangga Star Search 2009. Sesi ujibakat yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam dimulakan agak lewat disebabkan faktor cuaca dan juga beberapa masalah teknikal yang berlaku. Namun ia tidak mematahkan semangat para peserta untuk menunggu malah ada yang telah hadir seawal jam 7.00 malam.

Pada permulaan sesi ujibakat kali ini diserikan dengan kehadiran pelakon Julia Ziegler yang sempat mempromosikan filem terbarunya, Jangan Tegur. Bukan itu sahaja, sesi ujibakat juga turut diselitkan dengan persembahan artis jemputan. Antara artis yang turut sama menjayakan sesi ujibakat pada kali ini adalah Aizat Amdan, Kumpulan Kristal, vokalis Butterfly, Zila Seeron, Along (Charm), Hafiz Hanafiah, Flava, Juril (vokalis Duta) dan juga bakat baru Azmir Arif. Selain itu juga hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian daripada kumpulan Giler Battle yang merupakan artis naungan Red Apple dan juga persembahan daripada juara pertandingan Karaoke Downtown KL 2007, Shahila.

Di akhir sesi ujibakat diumumkan senarai 12 peserta yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mac ini.

Kepada yang terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat Mangga Star Search 2009, temui kami di lokasi ujibakat terakhir yang akan diadakan di kompleks membeli-belah Selayang Mall pada 1 Mac ini.

Other pictures ...

Mangga Star Search Bermula

November 7, 2008 by admin  
Filed under General

Anda berbakat?

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bermula dari sini anda akan terus melangkah ke dunia seni yang penuh warna-warni dan glamor. Caranya mudah sahaja. Dapatkan borang melalui pembelian majalah Mangga bermula isu September.

Syarat-syarat penyertaan:

• Berumur 15-22 tahun
• Memiliki pakej dan penampilan menarik
• Berbakat dalam nyanyian, lakonan, peragaan & pengacaraan
• Fotogenik
• Tidak terikat dengan mana-mana agensi bakat (talent agency)
• Bujang

Setiap penyertaan haruslah disertakan bersama salinan kad pengenalan dan juga sekurang-kurangnya 2 keping foto berwarna bersaiz poskad yang menarik dan jelas (foto penuh dan close-up). Hanya borang asli sahaja diterima. Borang fotostat sama sekali tidak diterima. Borang tersebut hendaklah dihantar terus kepada:

mangga
Mangga Star Search,
Utusan Karya Sdn. Bhd.,
Lot 6 Jalan P/10,
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10,
63600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian telefon 03-89262999/03-89268393

Nantikan hadiah-hadiah menarik dan lumayan bagi mereka yang layak ke peringkat akhir. Bukan itu sahaja, segala aktiviti seni anda akan diuruskan oleh syarikat pengurusan Cherry Talent and Management