Ujibakat di Johor diserikan dengan persembahan artis

Naufara beramah mesra bersama peminat yang hadir.
Bertempat di Plaza Angsana, Johor Bharu pada 7 Februari yang lalu bermulalah langkah perjalanan dalam pencarian Mangga Star Search 2009 dibawah anjuran majalah hiburan , Mangga. Satu-satunya program pencarian bakat yang menampilkan pendekatan berbeza dimana peserta diberi kebebasan menonjolkan bakat yang mereka ada tidak kiralah dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan mahupun peragaan. Sesi ujibakat yang diadakan ini memperlihatkan ramai bakat yang terpendam.
Sesi ujibakat ini diadili pihak Mangga sendiri, Red Apple Communication Sdn. Bhd. dan juga pihak Cherry Talent & Management. Pemilihan dibuat berdasarkan pecahan pemarkahan iaitu 50 peratus dari aspek personaliti juga penampilan dan selebihnya melihat kepada bakat yang ditonjolkan para peserta.
Turut tidak melepaskan peluang ini, salah seorang peserta program realiti kanak-kanak anjuran tv9, Idola Kecil iaitu Tasya yang juga menyertai sesi ujibakat bersama kakaknya.
Sesi ujibakat turut diserikan dengan persembahan artis seperti Dafi AF5, Nadia AF6 dan juga penyanyi yang berasal dari Sabah, Naufara Yasin.
Dengan ini kami berharap agar dapat menarik lebih banyak penyertaan di lokasi-lokasi akan datang. Kepada yang berminat, jangan lupa temui kami di Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Sesi Ujibakat Mangga Star Search
February 2, 2009 by admin
Filed under Audition/Casting
Pencarian Bintang Mangga (Mangga Star Search) telah sampai ke peringkat seterusnya. Ujibakat akan bermula 7 Februari ini !! Bermulalah perjalanan seorang bintang yang akan menyinar.
Ujibakat akan diadakan di selatan dan utara tanah air serta akan berakhir di Kuala Lumpur. Jadual Ujibakat seperti di bawah :-
1. Plaza Angsana, Johor Bahru - 7 Februari 2009
2. Queensbay Mall, Pulau Pinang - 14 Februari 2009
3. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - 21 Februari 2009
Jika belum lagi mendaftar menerusi majalah Mangga, anda bolehlah berbuat demikian dengan membawa keratan borang asli dengan menyertakan gambar berwarna terkini dan juga salinan kad pengenalan. Pendaftaran akan dibuka seawal jam 10 pagi. Kepada peserta yang telah mendaftar melalui Mangga Online dan majalah Mangga, boleh datang pada sesi uji bakat tersebut. Sila pastikan anda membuat persiapan yang secukupnya sebelum menghadiri sesi ujibakat tersebut.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ruhil di talian 018-2540505
Sesi Ujibakat ini juga akan diserikan oleh beberapa artis.Oleh itu jangan ketinggalan untuk ke Ujibakat tersebut.
Semoga Berjaya!! Jumpa anda disana.


